Negeri Sembilan boleh menjadi negeri model terbaik untuk menguatkan kerjasama diantara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sekiranya ia berlaku dalam pilihan raya negeri akan datang.<br /><br />Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, kedua-dua parti politik itu mempunyai kekuatan masing-masing dalam memastikan negeri itu kekal diperintah.